Baju fabrik cotton sentiasa menjadi pilihan utama dalam industri printing kerana keselesaan, ketahanan dan penampilannya yang kemas. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan info lengkap mengenai jenis fabrik cotton, kegunaan, dan tips memilih kualiti terbaik untuk tempahan anda.
Kaedah Cetakan
Rekaan pada pada baju biasanya dihasilkan melalui dua teknik popular: silk screen printing dan heat press printing. Kedua-dua kaedah ini memberikan hasil cetakan yang tahan lama, bergantung pada jenis fabrik dan reka bentuk yang dipilih.
Perbezaan Jenis Ketebalan baju
Kebanyakan t-shirt cotton mempunyai tekstur hampir sama, tetapi berbeza dari segi kualiti dan ketebalan kain. Pemilihan fabrik yang sesuai sangat penting, terutamanya dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Jenis cotton yang popular termasuk:
Cotton 160gsm – ringan dan selesa, sesuai untuk aktiviti santai.
Cotton 180gsm – sederhana tebal, sesuai untuk kegunaan harian.
Cotton 200gsm – lebih tebal, kelihatan premium dan kemas.
Cotton 210gsm – kualiti premium, harga lebih tinggi tetapi tahan lama.
Apa Itu GSM?
- GSM (grams per square meter) ialah ukuran berat kain. Lebih tinggi angka GSM, lebih tebal dan padat kain tersebut.
Untuk fabrik ringan (sesuai bersukan atau aktiviti lasak): 130–150gsm
Untuk fabrik sederhana hingga tebal: 180–200gsm

Kegunaan T-Shirt Cotton
T-shirt cotton sesuai untuk pelbagai acara seperti baju syarikat, majlis rasmi, baju kelas, family day, atau sekadar t-shirt kosong untuk gaya kasual.

Jika anda berminat menempah jenis t-shirt cotton seperti contoh di atas, kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik serta pantas terus dari kilang. Mafeya SDN BHD sentiasa menjaga kualiti dan kepuasan semua pelanggan kami. Pelbagai pilihan menarik untuk anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian 017-2290120 atau boleh datang ke showroom yang terletak di Shah Alam, Selangor. Anda juga boleh lihat senarai Promosi di website kami.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
Team Cetak ( Kilang Printing T-Shirt& Embroidery )
32A Jalan Kristal J7/J
Seksyen 7 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.30 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
