Banyak perniagaan yang memilih sulaman berkomputer pada baju uniform mereka. Sulaman pada baju memberikan penampilan yang profesional kepada si pemakai.
Selain itu, sulaman tidak akan rosak bila dibasuh dan mampu menahan suhu yang tinggi. Jadi, mari kita menyelam lebih lanjut tentang fakta sulaman berkomputer.
Kelebihan Sulaman Berkomputer
Tahan lama
Kalau dalam bentuk cetakan baju, cetaknya akan tertanggal atau rosak setelah beberapa kali basuhan.
Manakala, ulaman lebih kukuh kerana warnanya tidak luntur atau mengelupas dan dapat menahan kitaran basuhan yang banyak.
Fleksibel
Kebiasaan benang yang digunakan untuk sulaman adalah jenis yang nipis dan fleksibel.
Hal ini membolehkan benang disulam ke mana-mana bahagian kain dalam pelbagai bentuk.
Tebal dan kukuh
Setiap sulaman susah untuk rosak kerana jahitan sulaman adalah halus dan kemas. Selain itu, sulaman tahan kepada kerosakan yang akan berlaku dan membolehkan ia mengekalkan sulaman untuk kadar masa yang panjang.
Kegunaan Sulaman Berkomputer
Sulaman berkomputer boleh digunakan untuk tag nama atau logo pada produk anda. Permintaan yang popular oleh pelanggan kami adalah mereka memilih untuk menyulam logo produk mereka seperti slogan, imej, atau nama.
Kami boleh membantu anda untuk apa sahaja sulaman reka bentuk atau teks yang anda inginkan bagi material seperti berikut:
- Baju uniform
- Baju korporat
- T-shirt polo
- Topi
- Beg
- Tuala
- Jaket
- Hoodie
- Tag nama dan logo
Tips pemilihan reka bentuk untuk sulaman berkomputer
Warna dalam reka bentuk sulaman
Walaupun semua warna benang tidak tersedia dalam sulaman, sulaman berkomputer dapat menghasilkan sebahagian besar daripada warna sulaman yang anda inginkan. Akan tetapi, warna-warna ‘gradient’ dan ‘shade’ agak sukar untuk dihasilkan. Warna-warna biasa yang banyak digunakan dalam sulaman adalah warna seperti hitam, putih, merah dan lain-lain.
Reka bentuk
Sesuatu reka bentuk yang terlalu spesifik tidak dapat dihasilkan. Reka bentuk yang mempunyai gabungan teks atau titik yang kecil sukar untuk dihasilkan dengan tepat. Hal ini disebabkan, sifat benang sulaman yang digunakan dalam jahitan. Kebanyakan logo bersulam menggunakan garisan yang tebal sekurang-kurangnya 0.3 cm dan teks 0.5 cm.
Saiz sulaman
Saiz sulaman ini ditentukan oleh kedudukannya pada baju. Jika anda ingin sulaman pada bahagian tengah dada, sulaman itu lebih cantik dengan saiz yang besar. Manakala, untuk bahagian poket atau lengan, lebih sesuai dengan saiz sulaman yang kecil
Tahukah anda? Mafeya Apparel menyediakan perkhidmatan sulaman berkomputer. Jika anda ingin tahu maklumat yang lebih lanjut tentang perkhidmatan sulaman berkomputer kami, anda boleh mengunjungi showroom kami atau hubungi kami di talian 017-2290224 untuk sebarang pertanyaan.
LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)
TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)