Pada artikel kali ini, kami akan bercerita tentang DTG printing. Tidak ramai yang tahu tentang DTG printing ini berbanding jenis cetakan yang lain.
Untuk pengetahuan semua, DTG Printing adalah salah satu proses cetakan yang ada dalam tekstil dengan mencetak dakwat khas (water-based ink) ke atas fabrik menggunakan printer DTG. Dakwat khas akan disembur keatas fabrik dan kemudian dakwat akan menyerap ke dalam fabrik.

Kelebihan yang Ada pada Printing ini
Ia tiada minima order. Anda boleh menempah dalam kuantiti yang kecil. Selain itu, DTG printing sangat mudah untuk dicetak kerana ia tidak mempunyai banyak step dan peralatan. Jadi, ia akan lebih menjimatkan masa dan tenaga. DTG printing adalah singkatan bagi Direct to Garment. Mesin ini akan terus dicetak atas fabrik dan kemudian akan ke proses heat press.

Oleh kerana penyerapan dakwat DTG printing, ia dapat tahan lebih lama pada fabrik dan akan mendapatkan warna yang sangat terang dan cantik. Material yang sering digunakan untuk mesin ini adalah fabrik cotton seperti t shirt dan polo.
Walaupun dengan kelebihan yang ada pada mesin printing ini, ia sudah tidak relevan pada masa sekarang kerana lebih banyak teknologi percetakan yang lagi berkualiti dan cepat, tetapi ia masih digunakan pada kedai pencetakan tertentu.

Bagi anda yang ingin melihat produk percetakan dengan pelbagai jenis fabrik dan berkualiti tinggi yang terdapat di kedai kami, boleh datang ke showroom Mafeya Apparel di Shah Alam, Selangor atau boleh hubungi kami di talian 017-2290224. Harga boleh bincang, jangan risau !
LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)
Team Cetak (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)
