Apa itu uniform korporat? Kami yakin anda semua tahu. Ia adalah uniform seragam yang anda pakai pada setiap hari bekerja atau pada hari tertentu sebagai contoh menghadiri majlis rasmi atau anda adalah seorang pelajar, semestinya anda memakai uniform korporat ini untuk kelab atau fakulti anda di universiti.
Terdapat tiga tips yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk membuat pilihan yang tepat dalam memilih.
1.Pemilihan Fabrik .
Setiap kain mempunyai kelebihannya tersendiri, pengguna boleh memilih jenis fabrik mengikut citarasa mereka. Antara fabrik yang sesuai yang sesuai digunakan untuk uniform korporat adalah viscose high grade, polysoft, cotton dan polyester.
Kain viscose high grade menyerap air dengan bagus, lembut,ringan dan warnanya tahan. Seterusnya, kain polysoft pula lembut , licin, tahan lama dan warnanya juga tahan. Selain itu, kain cotton merupakan kain yang lembut, tahan lama, sejuk dan selesa dipakai. Akhir sekali, polyester adalah kain yang tidak mudah berkerut, tahan lama dan cepat kering.
2.Pemilihan Saiz
saiz memainkan peranan yang penting. Pemakai akan kelihatan segak jika saiz yang dipakai padan dengan bentuk badan mereka manakala jika tersalah dalam pemilihan saiz sama ada besar atau kecil akan memberikan kesan negatif dalam penggayaan uniform tersebut.
3.Warna & Reka Bentuk
Pemilihan warna mempengaruhi faktor kegunaan. Contohnya, anda boleh memilih warna dan reka bentuk yang melambangkan syarikat kalian. Warna gelap adalah warna yang menyerap haba, jadi ianya tidak sesuai dipakai oleh pekerja kilang. Oleh itu, pemilihan warna mengikut jenis pekerjaan adalah penting agar pemakai selesa memakai uniform.
Adakah anda tahu dimana tempat untuk menempah uniform anda? Adakah anda pernah mendengar tentang Mafeya?
Mafeya bukan sahaja menerima tempahan untuk custom jersey tetapi uniform korporat juga kami terima. Kami disini sedia membantu anda dan akan menyiapkan custom uniform korporat anda dengan kualiti yang bagus.
Tentang harga anda jangan risau, kerana harga yang kami tawarkan untuk anda adalah harga yang berpatutan. Kami menawarkan harga kilang. Semestinya anda akan berpuas hati.
Kami menyediakan pelbagai jenis reka bentuk yang menarik untuk anda membuat pilihan. Anda pasti rambang mata. Tak lupa juga untuk pelbagai jenis warna yang cantik dan material yang sangat selesa. Jika anda rasa ragu-ragu dengan produk yang kami buat, anda semua boleh datang ke showroom kami di Shah Alam, Selangor. Boleh terus hubungi kami di talian 017-2290224 untuk sebarang pertanyaan.
LOKASI SHOWROOM
Mafeya Apparel
Team Cetak (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.30 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.30 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)