Produk

Pautan

© 2024 Hak Cipta Terpelihara KilangBaju.com.my

Dimiliki oleh Mafeya Sdn Bhd

Blog

Tips Penjagaan Baju Printing Daripada Cepat Rosak

Kongsi:

Anda semua pasti sayang dengan baju printed yang dibeli sama ada ready made atau custom made.

Baju printed bukan sahaja menarik kerana warna-warnanya tetapi juga kerana grafiknya.

Tetapi, jika anda pakai dalam beberapa kali, anda akan perasan perbezaan pada baju printed tersebut. Prints itu akan pecah-pecah, menjadi kepingan-kepingan kecil atau warnanya akan luntur. Selain itu, fabrik baju itu akan jadi kasar, berbulu, meregang atau berubah warna. Anda mestilah rasa sedih bila perkara ini terjadi.

Saya ada berita baik, anda boleh mengelakkan perkara-perkara tersebut daripada terjadi dengan mengikuti tips-tips menjaga baju printed seperti di bawah:

 

Terbalikkan baju anda sebelum basuh

 

Menterbalikkan baju (wrong side di luar dan right side di dalam) sebelum membasuh dapat melindungi design di atas baju. Hal ini kerana, ketika di dalam mesin basuh, baju printed ini akan bergesek dengan baju-baju lain dan menyebabkan design di atas baju berpecah-pecah. Menterbalikkan baju printed dapat mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

 

Guna sabun baju yang diperlukan sahaja

 

Menggunakan sabun basuh baju dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan baju anda luntur warna. Anda harus menggunakan kuantiti sabun baju yang diperlukan sahaja supaya baju anda tahan lama. Meletakkan sabun baju dengan kuantiti yang banyak membuat baju anda lebih wangi tetapi ia juga memberikan kesan yang buruk kepada baju anda, jadi berhati-hatilah semasa anda meletakkan sabun.

 

Guna pelembut baju (fabric softener)

 

Menggunakan pelembut baju dapat mengurangkan baju anda daripada berkedut. Selain itu, pelembut baju boleh membuatkan baju anda lebih wangi. Tetapi, anda harus beringat untuk menggunakan kuantiti yang diperlukan sahaja.

 

Basuh baju dengan air yang sejuk

 

Membasuh baju dengan air sejuk mengelakkan baju daripada mengecut dan luntur warna. Selain itu, basuh dengan air sejuk juga mengurangkan kedutan pada baju anda. Tetapi, jika anda menggunakan air panas, ianya boleh merosakkan sesetengah fabrik seperti polyester dan menghilangkan kelembapan semulajadi pada fabrik lalu menyebabkan fabrik mudah berkedut.

 

Jangan jemur baju di bawah matahari

 

Cahaya matahari di Malaysia sangat panas, menjemur baju di bawah matahari akan menyebabkan baju anda luntur warna dan baju anda yang berwarna akan nampak kusam dan lama. Anda disyorkan untuk menjemur baju di bawah bumbung seperti balkoni rumah.

 

Menarik bukan perkongsian kali ini?

Anda haruslah mengikuti tips-tips di atas supaya baju anda tidak mudah rosak dan nampak baru setiap kali memakainya. Anda boleh menempah baju-baju printed di cawangan kami atau hubungi talian kami 017-2290224. Kami menawarkan baju-baju printed yang berkualiti dan menarik.

 

LOKASI SHOWROOM (Mafeya Apparel)

Team Cetak (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)

32-A, Jalan Kristal J7/J,

Seksyen 7, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT

Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)

Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)

Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE

+6 03 – 5523 6690 (Office)

 

Kongsi:

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp & Tempahan