Pilihan Tepat Untuk Tempahan Jersi Berkualiti
Adakah anda sedang mencari kilang sublimation yang boleh dipercayai, menawarkan harga yang berpatutan serta produk berkualiti di Shah Alam? Jika ya, anda telah sampai ke tempat yang tepat. Kilang kami diiktiraf sebagai salah satu kilang sublimation terbaik di Shah Alam, hasil daripada komitmen kami terhadap kualiti, kecekapan dalam proses pengeluaran, serta layanan mesra pelanggan yang kami berikan kepada syarikat swasta, PKS, agensi kerajaan, dan pelanggan individu di seluruh Malaysia.

Apa Itu Cetakan Sublimation?
Sublimation merupakan teknik pencetakan terkini yang membolehkan reka bentuk grafik diserap terus ke dalam fabrik, menghasilkan cetakan yang tahan lama, tidak mudah pudar, dan selesa dipakai. Kaedah ini sangat sesuai untuk menghasilkan baju sukan, t-shirt korporat, pakaian berjenama, dan pelbagai jenis pakaian lain. Dengan sublimation, warna dan corak menjadi sebahagian daripada kain itu sendiri, bukannya sekadar melekat di permukaan seperti teknik cetakan biasa.
Proses Sublimation di Kilang Kami
Proses sublimation dijalankan dengan cekap menggunakan teknologi terkini, khas untuk penghasilan pakaian sukan, pakaian korporat, dan pelbagai produk berasaskan kain polyester. Kilang kami melaksanakan proses sublimation dengan penuh ketelitian dan kepakaran bagi memastikan setiap helaian fabrik yang dihasilkan memenuhi standard kualiti yang tertinggi.
1. Cetakan Menggunakan Kertas Sublimation
Selepas reka bentuk dimuktamadkan, fail digital dihantar ke mesin cetak khas untuk mencetak atas kertas sublimation yang menyimpan dakwat sebelum dipindah ke fabrik. Kami menggunakan mesin cetak berteknologi tinggi untuk memastikan hasil cetakan yang jelas dan konsisten.
2. Proses Heat Press (Pemindahan ke Kain)
Langkah seterusnya ialah memindahkan design ke kain menggunakan mesin heat press. Kain microfiber atau polyester dipanaskan bersama kertas sublimation pada suhu sekitar 230°C, menyebabkan dakwat meresap ke dalam kain untuk hasil cetakan tahan lama dan selesa dipakai.
3. Proses Pemotongan Menggunakan Mesin laser
Selepas cetakan dipindahkan, kain dipotong dengan mesin laser untuk hasil yang tepat dan kemas. Teknologi ini mengurangkan sisa kain, meningkatkan kecekapan dan memastikan potongan seragam.
6 Jenis Material Kain Sublimation
Material kain sublimation adalah jenis fabrik yang direka khas untuk proses cetakan sublimation, di mana dakwat meresap terus ke dalam serat kain, menghasilkan cetakan yang tahan lama dan berkualiti tinggi. Pemilihan material kain yang sesuai sangat penting untuk mendapatkan hasil terbaik. Berikut kami perkenalkan 6 jenis material kain sublimation yang sering digunakan di kilang kami.

LYCRA
Microfiber Lycra ialah kain halus dan elastik yang memberikan keselesaan dan kebebasan bergerak, sesuai untuk pakaian sukan.

dIAMOND
Microfiber Diamond ialah kain ringan dengan corak tenunan berbentuk berlian yang membantu pengudaraan, selesa dipakai dan sesuai untuk pakaian sukan.

RJPK
Microfiber RJPK ialah kain microfiber yang lembut, ringan dan selesa dengan permukaan licin, sesuai untuk pakaian sukan dan aktiviti harian.

EYELET
Microfiber Eyelet ialah kain ringan, cepat kering dan memiliki pengudaraan baik kerana struktur lubang kecilnya, menjadikannya sangat sesuai untuk pakaian sukan dan harian.

PINDOT
Microfiber Pindot ialah kain halus dengan tekstur titik kecil yang memberikan keselesaan, ketahanan dan sesuai untuk pakaian sukan atau kasual.

INTERLOCK
Microfiber Interlock ialah kain halus, licin dan tidak jarang dengan permukaan rata, menjadikannya pilihan tepat untuk pakaian sukan yang selesa dan tahan lama.
Kenapa Pilih Kilang Kami di Shah Alam?
Sebagai kilang sublimation berpengalaman, kami menawarkan lebih daripada sekadar cetakan. Kami memberikan solusi menyeluruh bagi menyelesaikan masalah anda, daripada rekaan grafik sehinggalah ke proses penyerahan tempahan. Antara kelebihan kami:
✅ Kepakaran Dalam Rekaan dan Penghasilan
Kami mempunyai pasukan pereka grafik yang berkemahiran tinggi serta team produksi berpengalaman. Setiap tempahan direka mengikut identiti jenama pelanggan, dengan ketelitian pada setiap perincian, bermula dari pemilihan warna, jenis fabrik hingga ke potongan baju.
✅ Mesin Cetakan dan Jahitan Berkualiti Industri
Kilang kami dilengkapi dengan mesin cetakan sublimation terkini serta peralatan jahitan industri yang menjamin ketepatan dan ketahanan produk. Kami memastikan bahawa setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian industri dan harapan pelanggan.
✅ Tenaga Kerja Berpengalaman
Tenaga kerja kami terlatih dan berpengalaman, memastikan setiap produk dihasilkan dengan cekap dan efisien. Kami komited untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan kecekapan yang terbaik.
Hubungi Kami hari ini!
Jangan tunggu lagi. Jika anda sedang mencari Kilang Sublimation Nombor 1 di Shah Alam, kami bersedia untuk membantu anda dari A sampai Z. Satu tempat dapat selesaikan masalah anda.
Lokasi Showroom Kami
TEAM CETAK
32A, Jalan Kristal J7/J, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+60172290120 (Sale Person)
+603-5523 6690 (Office)













Users Today : 322
Users Yesterday : 421
This Month : 5544
This Year : 120229
Total Users : 191931
Views Today : 656
Total views : 446012
Who's Online : 2